Berikut merupakan maklumat mengenai tugasan individu bagi kuliah Sistem Sosial Malaysia 2021/2022. Setiap pelajar ditugaskan untuk menyiapkan ulasan bertulis mengenai kandungan artikel yang diberikan. Setiap artikel ini perlulah diulas dalam Bahasa Melayu dengan jumlah antara 750-1000 patah perkataan. Tarikh tutup penghantaran tugasan individu ini adalah pada hari pembentangan yang akan ditentukan kelak. Ulasan artikel akan mewakili 10% markah manakala pembentangan pula mewakili 10% markah.

Selain penghantaran tangan, sebagai rekod, penghantaran tugasan individu ini (dalam bentuk pdf) juga mesti dilakukan menerusi sistem ifolio UKM. Sila gunakan format penghantaran tugasan versi UKM. Berikut adalah senarai tugasan ulasan artikel masing-masing.

BilanganIDEsei tugasan
1A187522Art System (Kunstsystem)
2A186521Asymmetrization (Asymmetrisierung)
3A188095Attribution (Zurechnung)
4A186763Autopoiesis
5A188144Code
6A186770Communication (Kommunikation)
7A186757Complexity (Komplexität)
8A187035Conflict (Konflikt)
9A186837Constructivism (Konstruktivismus)
10A187264Differentiation (Differenzierung/Ausdifferenzierung)
11A187519Differentiation of Society (Differenzierung der Gesellschaft)
12A186636Dissemination Media (Verbreitungsmedien)
13A186882Double Contingency (Doppelte Kontingenz)
14A187111Economic System (Wirtschaftssystem)
15A190173Education System (Erziehungssystem)
16A187739Event (Ereignis)
17A186562Evolution
18A186900Expectations (Erwartungen)
19A186640Functional Analysis (Funktionale Analyse)
20A186906Identity/Difference (Identität/Differenz)
21A186411Inclusion/Exclusion (Inklusion/Exklusion)
22A189534Information
23A186850Interaction (Interaktion)
24A187667Interpenetration and Structural Coupling (Interpenetration und strukturelle Kopplung)
25A186841Language (Sprache)
26A187649System (Rechtssystem)
27A186536Love (Liebe)
28A186575Mass media (Massenmedien)
29A186863Meaning (Sinn)
30A189585Meaning Dimensions (Sinndimensionen)
31A186676Medical System (Krankensystem)
32A187041Medium/Form
33A187570Morality (Moral)
34A186236Negation
35A190526Operation/Observation (Operation/Beobachtung)
36A190345Organization (Organisation)
37A190527Paradox (Paradoxie)
38A190782Political System (Politisches System)
39A190784Power (Macht)

Artikel yang diberikan merupakan kandungan yang terdapat dalam buku:

Claudio Baraldi, Giancarlo Corsi, Elena Esposito. 2021. Unlocking Luhmann A Keyword Introduction to Systems Theory. Bielefeld: Bielefeld University Press.

Nota: Sila maklumkan kepada pengajar sekiranya ada mana-mana pelajar yang tercicir daripada memperoleh soalan masing-masing.

Pembolehubah Penilaian Artikel Tugasan Individu

  • Kekemasan (tiada typo; tidak berserabut; tidak memuntahkan fakta/hujah; terdapat penggunaan tatabahasa yang berstruktur dan tepat; menggunakan bahasa Melayu aras tinggi).
  • Kejelasan (penggunaan istilah yang tepat; terjemahan istilah yang sesuai; tiada penggunaan jargon yang tidak perlu; ada huraian ringkas dan difahami untuk istilah yang tidak popular; ayat yang dibuat tidak tergantung; penyusunan bahasa yang ringkas/ekonomik tetapi padat dan menyerlah; esei dapat difahami maksud keseluruhannya).
  • Penghujahan (pembentangan hujah yang munasabah dan tersusun; setiap hujah diperkuatkan antaranya dengan bukti, contoh dan perbandingan; tiada pengulangan fakta/hujah yang menjolok).
  • Organisasi (ada keselarasan antara pendahuluan-isi-penutup; ada keselarasan antara setiap perenggan dengan penggunaan kata penyambung yang sesuai)
  • Gaya (ada penggunaan/permainan seni bahasa seperti anekdot, bidalan/pepatah/peribahasa, perbandingan dan kutipan yang sesuai; pengenalan istilah baharu yang tepat; tiada tanda-tanda name-dropping)

Plagiat (meniru/ditiru bulat-bulat atau mengolah/diolah daripada esei kawan, menggunakan terjemahan langsung atas talian, menceduk sumber Indonesia/English) akan mendapat markah kosong.