Berikut merupakan maklumat mengenai tugasan individu bagi kuliah Sistem Sosial Malaysia. Setiap pelajar ditugaskan untuk menyiapkan (i) ulasan (mewakili 10% markah) dan (ii) peta minda (mewakili 10% markah) berdasarkan pilihan artikel yang diberikan. Terdapat 6 judul artikel yang boleh dipilih salah satu antaranya. Kesemua artikel ini terdapat dalam buku The Radical Luhmann ini adalah seperti berikut:

  • Moeller, Hans-Georg. 2012. “The Fourth Insult: A Refutation of Humanism,” dalam “The Radical Luhmann.” New York: Columbia University Press.
  • Moeller, Hans-Georg. 2012. “From Necessity to Contigency: A Carnivalization of Philosophy,” dalam “The Radical Luhmann.” New York: Columbia University Press.
  • Moeller, Hans-Georg. 2012. “The Last Footnote to Plato: A Solution to the Mind-Body Problem,” dalam “The Radical Luhmann.” New York: Columbia University Press.
  • Moeller, Hans-Georg. 2012. “Ecological Evolution: A Challenge to Social Creationism,” dalam “The Radical Luhmann.” New York: Columbia University Press.
  • Moeller, Hans-Georg. 2012. “Constructivism as Postmodernist Realism: A Teaching of Differences,” dalam “The Radical Luhmann.” New York: Columbia University Press.
  • Moeller, Hans-Georg. 2012. “Democracy as a Utopia: A Deconstruction of Politics,” dalam “The Radical Luhmann.” New York: Columbia University Press.

Peta minda hasil kefahaman daripada artikel yang dipilih. Peta minda ini MESTILAH tidak melebihi satu halaman bergambar. Boleh dilukis dengan tangan (asalkan boleh dibaca) mahupun menggunakan komputer.

Manakala ulasan MESTILAH antara 750 hingga 1000 patah perkataan sahaja. Semua tugasan individu (peta minda dan ulasan) MESTILAH dalam Bahasa Melayu. Sila pastikan ulasan yang dihantar mengandungi pengenalan dan penutup sekali.

Tarikh tutup penghantaran tugasan individu (peta minda dan ulasan) ini adalah sebelum/pada 24 Jun 2020. Penghantaran tugasan individu ini (peta minda dan ulasan dalam bentuk pdf) boleh dihantar menerusi sistem ifolio UKM. Sila gunakan format penghantaran tugasan versi UKM.