Ahmad Lutfi Othman : Kebebasan Tidak Datang Bergolek, Tetapi Mesti Direbut

Ahmad Lutfi Othman merupakan seorang wartawan yang banyak menulis mengenai politik tanahair. Walau bagaimanapun, kerjayanya bermula sebagai salah seorang aktivis pelajar di universiti Teknologi Malaysia (UTM) sehingga tersingkir ekoran penglibatan aktifnya dengan gerakan tersebut. Penyingkirannya—sekaligus sebagai mangsa AUKU—membuka jalan kepadanya untuk menjadi seorang wartawan yang kritis dengan politik status quo. Kini, meskipun dalam kesakitan, beliau berkesempatan berkongsi pandangannya mengenai AUKU dan kebebasan akademik. Wawancara ini disiarkan bagi mengenang pemergian Ahmad Lutfi Othman pada 9 Julai 2022. Al-Fatehah.