Melampaui Niklas Luhmann: Tanggapan buat Pak Halim

Setelah diterbitkan buku “Kehadiran Makna: Merumus Budaya Ingatan,” terbitan Penerbit UKM baru-baru ini, terdapat beberapa individu yang meminta untuk memberi ringkasan—ataupun setidaknya memberi pengenalan—mengenai alasan-alasan yang mendasari penulisan buku tersebut. Permintaan ini tentu sahaja adalah munasabah memandangkan kandungan buku ini boleh dikategori sebagai berat lantaran wacananya yang cenderung bersifat abstrak dan teori. Apatah lagi, kandungannya turut diwarnai dengan khazanah pengetahuan Jerman yang rumit, barangkali serumit sejarah negara itu sendiri. Salah seorang yang mengajukan permintaan ini datangnya daripada orang yang begitu dihormati, Pak Halim, begitulah panggilan lazim untuk Profesor Abdul Halim Ali.