“Kuliah oleh Profesor Dr. F. Budi Hardiman dan Dr. Reza Wattimena, kedua-duanya lulusan Munich School of Philosophy, disediakan untuk peserta projek buku suntingan yang bertema “Sebalik Pandemik: Massa, Ingatan dan Trauma.”


IKMAS, menerusi Kumpulan Kajian Ingatan, mengalu-alukan penyertaan bagi penghasilan sebuah projek penghasilan buku suntingan mengenai “Sebalik Pandemik: Massa, Ingatan dan Trauma” dalam konteks Malaysia. Menerusi projek ini, kami berminat untuk menekuni kesan pandemik Covid-19 terhadap persoalan mengenai cara masyarakat –secara kolektif– berfikir dan bertindak. Pemerhatian ini akan memfokuskan keadaan “cognitive dissonance” di kalangan kelompok dalam masyarakat yang mana keadaan ini mungkin didorong oleh ketidakbebasan pergerakan, idea dan maklumat semasa pandemik. Justeru itu, berdasarkan konteks yang bersifat psikologi massa ini, maka panggilan bab dalam buku ini ini memberi ruang kepada perbincangan lanjut mengenai kemelut pandemik dengan menggunakan pelbagai perspektif rentas disiplin yang boleh melibatkan bidang psikologi, sosiologi, sejarah dan falsafah. Ini termasuklah:

  • Hubungan antara pandemik dengan massa
  • Hubungan antara pandemik dengan trauma kolektif
  • Hubungan antara pandemik dengan panik sosial
  • Hubungan antara pandemik dengan kerumunan (crowds)
  • Hubungan antara pandemik dengan ikutan (imitation), dan
  • Hubungan antara pandemik dengan ingatan.

Semua perbincangan di atas mestilah dimanifestasikan dalam sebuah bab dalam buku yang bakal diterbitkan oleh salah satu penerbit universiti pada tahun 2023. Bab tersebut boleh dihantar kepada ingatanmalaysia@gmail.com. Selain itu, bab tersebut juga mestilah berjumlah antara 5500-6000 patah perkataan (tidak termasuk rujukan) dengan menggunakan Gaya UKM. Berikut adalah tarikh penting projek penerbitan buku ini:

  • 21 Februari 2022 – Penghantaran abstrak awal
  • 28 Februari 2022 – Pemakluman penerimaan abstrak makalah dan penyertaan Siri Kuliah
  • Mac, April 2022 – Siri Kuliah Massa dan Ingatan (Zoom)
    • 07 Mac 2022: Epistemologi Massa Georg Simmel
    • 14 Mac 2022: Psikologi Massa Hermann Broch
    • 21 Mac 2022: Sosiologi Massa Elias Canetti
    • 28 Mac 2022: Politik Massa Hannah Arendt
    • 07 April 2022: Ingatan Kolektif Maurice Halbwachs
    • 14 April 2022: Ingatan Kebudayaan Jan dan Aleida Assmann
    • 21 April 2022: Ingatan Sosial Christopher Wickham & James Fentress
    • 28 April 2022: Ingatan dan Trauma Kolektif Angela Kühner
  • 30 April 2022 – Penghantaran abstrak yang diperbaiki
  • 15 Julai 2022 – Penghantaran deraf akhir bab dalam buku
  • 2 & 3 Ogos 2022 -Seminar Pembentangan bab dalam buku

Berikut adalah antara bacaan untuk mereka yang berminat menyertai projek ini:

Bacaan utama:

  • Simmel, Georg. 1972, Georg Simmel on Individuality and Social Form. Chicago: University of Chicago Press.
  • Hermann. 1979. Massenwahntheorie: Beiträge zu einer Psychologie der Politik. Frankfurt am Main: Suhrkamp.
  • Canetti, Elias. 1984. Crowds and Power. New York: Farrar, Straus and Giroux.
  • Arendt, Hannah. 1973. The Origins of Totalitarianism. Harvest Book: Orlando.
  • Halbwachs, Maurice. 1992. On Collective Memory. Chicago: University of Chicago Press.
  • Assmann, Jan. 2011. Cultural Memory and Early Civilization: Writing, Remembrance, and Political Imagination. Cambridge: Cambridge University Press.
  • Assmann, Aleida. 2011. Cultural Memory and Western Civilization: Functions, Media, Archives. Cambridge: Cambridge University Press.
  • Wickham, Christopher & Fentress, James. 1992. Social Memory: New Perspectives on the Past. Oxford: Blackwell.
  • Kühner, Angela. 2007. Kollektive Traumata. Konzepte, Argumente, Perspektiven. Gießen: Psychosozial-Verlag.

Bacaan sekunder:

  • Alexander, Jeffrey. 2012. Trauma: A Social Theory. Cambridge: Polity Press.
  • Berenson, Alex. 2021. Pandemia: How Coronavirus Hysteria Took Over Our Government, Rights, and Lives. Washington: Regnery Publishing.
  • Markson, Sharri. 2021. What Really Happened In Wuhan: A Virus Like No Other, Countless Infections, Millions of Deaths. New York: HarperCollins.
  • Foster, Gigi, Frijters, Paul & Baker, Michael. 2011. The Great Covid Panic: What Happened, Why, and What To Do Next. Austin: Brownstone Institute.
  • Borch, Christian (Ed). 2019. Imitation, Contagion, Suggestion: On Mimesis and Society. London & New York: Routledge.
  • Borch, Christian. 2020. Social Avalanche: Crowds, Cities and Financial Markets. Cambriodge: Cambridge University Press.
  • Borch, Christian. 2013. The Politics of Crowds: An Alternative History of Sociology. Cambridge: Cambridge University Press.
  • Lawtoo, Nidesh. 2019. (New) Fascism: Contagion, Community, Myth. Michigan: Michigan State University Press.
  • Tarde, Gabriel. 2013. The Laws of Imitation. San Bernardino, CA: Read Books.
  • Alexander, Jeffrey C. & Philip Smith. 2020. ‘COVID-19 and Symbolic Action: Global Pandemic as Code, Narrative, and Cultural Performance’. American Journal of Cultural Sociology. Available electronically from https://doi.org/10.1057/s41290-020-00123-w.
  • Demertzis, Nicolas & Eyerman, Ron. 2020. Covid-19 as Cultural Trauma, American Journal of Cultural Sociology (2020) 8:428–450.
  • Cummings, Mike. 2020. Yale’s Jeffrey Alexander on how today’s crises might shape tomorrow. Available electronically from https://ccs.yale.edu/sites/default/files/files/Alexander%20Articles/2020_Yale%20News%20Interview.pdf
  • Kola, F. Adam. Memory Studies for the Future. Remembering (COVID-19) as Survival Value, Available electronically from http://www.iea.usp.br/en/iea/networks/kola
  • Adam, Tracy & Kopelman, Sara. 2021. Remembering COVID-19: memory, crisis, and social media, Media, Culture & Society 1–20.
  • Erll, Astrid. 2020. Afterword: Memory worlds in times of Corona, Memory Studies Vol. 13(5) 861–874.
  • Collins, Randall. 2020. Social distancing as a critical test of the micro‑sociology of solidarity, American Journal of Cultural Sociology (2020) 8:477–497, Available electronically from https://doi.org/10.1057/s41290-020-00120-z.
  • Marcus Morgan, Marcus. 2020. Why meaning‑making matters: the case of the UK Government’s COVID‑19 response, American Journal of Cultural Sociology 8:270–323 https://doi.org/10.1057/s41290-020-00121-y.
  • Kulldorff, Martin & Bhattacharya, Jay. 2021. How Fauci Fooled America, Newsweek, Available electronically from https://www.newsweek.com/how-fauci-fooled-america-opinion-1643839.
  • Martínez, Lina & Short, John Rennie. 2021. The Pandemic City: Urban Issues in the Time of COVID-19, Sustainability, 13, 3295, Available electronically from https://doi.org/ 10.3390/su13063295.

Mereka yang berminat untuk terlibat dalam projek penghasilan buku suntingan ini diberikan tempat untuk menyertai Siri Kuliah Kajian Ingatan IKMAS 2022 yang disediakan secara percuma. Objektif siri ini adalah untuk memberi sokongan pengetahuan kepada para peserta dalam penghasilan makalah masing-masing. Siri ini hanya dikhususkan kepada 35 peserta yang terlibat khusus dalam projek penghasilan buku sahaja. Mereka yang berminat boleh mendaftar di bawah selewat-lewatnya sebelum/pada 21 Februari 2022:

BORANG PENDAFTARAN

Pengajar:

F. Budi Hardiman

Dr. Phil. Fransisco Budi Hardiman bertugas di Program Studi Liberal Arts, Universitas Pelita Harapan (UPH). Beliau mengajar mata kuliah Sejarah Pemikiran, Etika, and Filsafat Ilmu Pengetahuan. Bidang minatnya meliputi filsafat dan ilmu sosial. Ia memperoleh gelar S2 dan S3 dari Hochschule fur Philosophie di Munich, Jerman.

Reza wattimena

Dr. Reza Wattimena Merupakan penyelidik di dalam bidang falsafah politik dan kajian ingatan. Beliau memperoleh pendidikan di Sekolah Tinggi Filsafat (STF) Driyarkara Jakarta dan Doktor Falsafah (Ph.D) dari Hochschule für Philosophie München, Jerman. Sehingga kini, beliau menghasilkan beberapa karya seperti “Zwischen kollektivem Gedächtnis, Anerkennung und Versöhnung (2017),” ”Menjadi Pemimpin Sejati” (2012), ”Filsafat Anti Korupsi” (2012), ”Tentang Manusia” (2016), ”Filsafat dan Sains” (2008), ”Zen dan Jalan Pembebasan” (2017-2018), ”Melampaui Negara Hukum Klasik” (2007), ”Demokrasi: Dasar dan Tantangannya” (2016), ”Bahagia, Kenapa Tidak?” (2015), ”Cosmopolitanism in International Relations” (2018) dan berbagai karya lainnya. Beliau secara konsisten menulis di dalam blog http://www.rumahfilsafat.com.