Fasisme: Fikiran dan Tindakan

Namun begitu, sejarah sudah memberi maklum kepada kita, betapa mengamalkan perbezaan tidaklah semudah berbanding dengan menabur kata untuk menerima perbezaan. Kerana itu, fasisme hakikatnya tidak mengenal kumpulan; mereka yang menuduh kumpulan lain fasis sebenarnya boleh diam-diam adalah kawanan fasis.

Upacara untuk Peringatan

Meskipun begitu, ritual bukanlah semata-mata mengenai suatu fahaman. Bukan sekadar ideologi. Ritual, lebih dari itu, kalau menurut Alexander lagi, adalah cerminan kuasa yang terdapat pada objek simboliknya. Di sini, objek simboliknya merangka corak berfikir dan berperasaan mengenai masa lalu yang dimiliki bersama (shared past).

Eyerman: Peranan Ingatan dalam Masa Kini

Begitu juga, dalam representasi ini, peranan naratif yang sentiasa disesuaikan dengan konteks-konteks semasa bagi menakrif dan memahami sesuatu keadaan terkini. Malah, naratif juga telah dianggapnya sebagai suatu cara yang berkesan untuk menempuhi peristiwa berat masa lalu sama ada menerusi naratif progresif mahupun naratif penebusan.

Ingatan Global

Pendek kata, sesuatu peristiwa besar dunia sangat berpotensi untuk diingati di tahap global. Lagi-lagi, kalau peristiwa tersebut bersifat traumatik. Ini kerana, peristiwa yang penuh traumatik mampu mengusik rasa kemanusiaan sejagat yang mana ini mengundang rasa kebersamaan yang merentasi sempadan kaum, negara dan wilayah.

Halbwachs: Mengapa Ingatan Ramai?

Dalam terma Halbwachs, cadres sociaux (kerangka kemasyarakatan), manusia adalah tidak terlepas dari melakukan interaksi dan komunikasi dengan lingkungannya. Dan, dengan ini juga, manusia memperoleh makna kehidupannya merujuk kepada pertimbangan yang dilakukannya sewaktu interaksi dan komunikasi tersebut.