Kuliah 1: Pengenalan Sistem Sosial

Kuliah ini akan memperkenalkan sistem sosial sebagai salah satu perspektif dalam mengamati konsep masyarakat. Sistem sosial yang dibincangkan ini disorot menerusi tradisi fungsionalisme dan strukturalisme sehingga ke tahap mutakhirnya oleh Niklas Luhmann. Menerusi perspektif Luhmannian, sistem sosial bersifat fungsional-strukturalisme sekaligus menghasilkan aneka subsistem sosial yang khusus. Berbeza dengan kebanyakan pemikir sistem sosial yang lain, seperti Talcott Parsons khususnya, Luhmann membingkai sistem sosial berasaskan kepada teori sistem yang bersifat autopoietik. Sepanjang kuliah ini, para pelajar akan memahami asas-asas yang menghasilkan tradisi teori sistem dan sistem sosial dalam wacana sosiologi semasa.

Bacaan utama:

Moeller, Hans-Georg. 2012. Niklas Luhmann (1927-1998): A Short Intellectual Biography, dalam “The Radical Luhmann.” New York: Columbia University Press.

Bacaan tambahan kuliah:

Moeller, Hans-Georg. 2006. Luhmann Explained: From Soul to Systems. Illinois: Open Court.

Bechmann, Gotthard & Stehr, Nico. 2002. The Legacy of Niklas Luhmann, Society. 67-75.

Luhmann, Niklas. 1994. “What is the Case?” and “What Lies behind It?” The Two Sociologies and the Theory of Society, Sociological Theory 12(2): 126-139.

Rasch, William. 1991. Theories of Complexity, Complexities of Theory: Habermas, Luhmann, and the Study of Social Systems, German Studies Review 14(1): 65-83.

Luhmann, Niklas. 1992a. The Concept of Society. Thesis Eleven 31(1): 67-80.

Luhmann, Niklas. 1992b. What is Communcation? Communication Theory 2(3): 251-259.

Powerpoint Kuliah 1 – Pengenalan Sistem Sosial

Kuliah 2: Teori Sistem dan Sistem Sosial

Kuliah ini akan meninjau dengan lebih terperinci mengenai teori sistem dan sistem sosial. Dengan meneliti tiga komponen utama dalam teori sistem, yakni sistem kehidupan, sistem psikik dan sistem sosial, kita akan mendapati bahawa sistem sosial merupakan sebahagian daripada keseluruhan sistem yang terdapat dalam teori sistem. Dengan tumpuan khusus kepada sistem sosial ini, maka Luhmann mentakrifkan masyarakat moden adalah berasaskan sistem sosial yang mempunyai skemanya yang tersendiri: kod, fungsi, medium dan program khususnya. Beberapa contoh subsistem sosial akan disentuh, khususnya politik, media massa dan agama. Di akhir kuliah, para pelajar akan memahami struktur dan operasi teori sistem dan sistem sosial yang berasaskan kepada “hegemoni makna.”

Bacaan utama:

Seidl, David. 2004. Luhmann’s theory of autopoietic social systems, Luhmann’s theory of autopoietic social systems: 1-28.

Bacaan tambahan kuliah:

Baecker, Dirk. 2001. Why Systems?, Theory, Culture & Society 18(1): 59-74.

Viskovatoff, Alex. 1999. Foundations of Niklas Luhmann’s Theory of Social Systems, Philosophy of the Social Sciences 29(4): 481–516.

Staeheli, Urs. 2012. The Hegemony of Meaning: Is There an Exit to Meaning in Niklas Luhmann’s Systems Theory?, Revue internationale de philosophie: 105-122.

Gumbrecht, Hans-Ulrich. 2015. Second Order Observation Historicized—An Epistemological Frame Narrative, access via: https://schloss-post.com/second-order-observation-historicized/ (April 9, 2021)

Luhmann, Niklas. 2002. I See Something You Don’t See, inTheories of Distinction: Redescribing the Descriptions of Modernity. Stanford: Stanford University Press.

Luhmann, Niklas. 1993. Observing Re-Entries, Graudate Faculty Phiulosophy Journal 16(2): 485-498.

Moeller, Hans-Georg. 2017. On Second-order Observation and Genuine Pretending: Coming to terms with society,  Thesis Eleven 143(1): 28-43.

Luhmann, Niklas. 2002. Theories of Distinction: Redescribing the Descriptions of Modernity. California: Stanford University Press.

Powerpoint Kuliah 2 – Teori Sistem dan Sistem Sosial

Kuliah 3: Pembezaan Segmentasi, Stratifikasi dan Pusat/Pinggiran

Kuliah ini akan menyorot tiga pembezaan sosial awal yang dikemukakan oleh Niklas Luhmann. Semua pembezaan ini membentuk latar kepada Masyarakat Eropah Lama (Old European Society) dan masyarakat primitif. Dengan peralihan daripada masyarakat yang bersifat segmentasi (berasaskan kelompok) kepada stratifikasi (berasaskan kelas) serta hubungan kedua-dua masyarakat tersebut kemudiannya menghasilkan jarak antara pusat/ pinggiran. Jarak ini dapat dikesan berdasarkan pembentukan bandar/ luar bandar serta dalam empayar/ di luar empayar. Akhir sekali, para pelajar akan memahami bahawasanya tiga pembezaan sosial ini akhirnya mengalami evolusi sosial sehingga membentuk pembezaan kefungsian.

Bacaan utama:

Luhmann, N. 1977. Differentiation of Society. The Canadian Journal of Sociology / Cahiers Canadiens de Sociologie, 2(1), 29–53. https://doi.org/10.2307/3340510

Bacaan tambahan kuliah

Rasch, William W. 2000. Niklas Luhmann’s Modernity: The Paradoxes of Differentiation. Stanford: Stanford University Press.

Luhmann, Niklas. 1982. The Differentiation of Society. Terj. Stephen Holmes & Charles Larmore. New York: Columbia University Press.

Nota: Ramze Endut. 2022. Kehadiran Makna: Merumus Budaya Ingatan. Bangi: Penerbit UKM, halaman 20-39.

Kuliah 4: Pembezaan Kefungsian

Pembezaan kefungsian merupakan karekter kepada pembentukan masyarakat moden yang berasaskan sistem sosial. Pembezaan sosial dibentuk berdasarkan evolusi sosial yang mendorong masyarakat moden terpecah dalam fungsi dan struktur yang berasaskan pembentukan sistem sosial yang merangkumi setidaknya 10 sistem sosial mutakhir. Tinjauan khusus akan diberikan kepada beberapa contoh yang terdapat dalam masyarakat yang bersifat kefungsian di mana berlakunya dominasi makna menerusi perkembangan setiap sistem sosial seperti wang (sistem ekonomi), iman (sistem agama), kuasa (sistem politik) dan sebagainya. Kuliah ini akan mengesahkan betapa masyarakat moden adalah mayarakat yang berasaskan pembezaan kefungsian.

Bacaan utama:

Borch, Christian. 2011. ‘The Functional Differentiation of Modern Society, in Niklas Luhmann. London & New York: Routledge, 66-114.

Bacaan tambahan kuliah:

Bognár, Bulscu. 2013. Luhmann’s Functional Subsystems of Modern Society—The Character of Horizontal and Vertical Relationships, Polish Sociological Review 182: 137-152.

Wawancara dengan Niklas Luhmann, Youtube, akses via https://www.youtube.com/watch?v=qRSCKSPMuDc&ab_channel=holgersen911 (15 April 2021)

Moeller, Hans-Georg. 2012. “From Necessity to Contigency: A Carnivalization of Philosophy,” dalam “The Radical Luhmann.” New York: Columbia University Press.

Pires, Edmundo Balsemão. 2013. The Epistemological Meaning of Luhmann’s Critique of Classical Ontology, Systema: connecting matter, life, culture and technology 1 (1), 05-20

Arnoldi, Jacob. 2010. Sense Making as Communication, Soziale Systeme 16 (2010), Heft 1, S. 28-48.

Nota: Ramze Endut. 2022. Kehadiran Makna: Merumus Budaya Ingatan. Bangi: Penerbit UKM, halaman 20-39.

Kuliah 5: Masyarakat Dunia

Masyarakat dunia (world society) terbentuk akibat daripada perkembangan ekstrem pembezaan kefungsian. Masyarakat ini berasaskan metakod terangkum/ terkucil (inclusion/ exclusion) yang menjelaskan pemisahan masyarakat sejagat berdasarkan kepada nilai sosial dan nilai bukan-sosial. Kita dapat meneliti perihal ini berdasarkan pembentukan unsur-unsur kemodenan, misalnya kad pengenalan, yang akhirnya menjadi alat akses kepada pelbagai sistem sosial. Dengan keadaan ini, maka kita dapat menyaksikan dominasi makna sehingga menghasilkan sebuah masyarakat sejagat yang homogen via sistem sosial. Akhir sekali, para pelajar akan menyedari bahawasanya pembentukan masyarakat dunia menjadikan manusia lebih bersifat politekstural, kelompok yang masih bersifat primitif akan mengalami ketinggalan ataupun pemaksaan untuk dirangkumkan sekali dalam sistem sosial.

Bacaan utama:

Luhmann, Niklas. 1997. Globalization or World Society: How to Conceive of Modern Society, International Reiew of Sociology – Revue Internationale de Sociologie 7(1): 67-79.

Bacaan tambahan kuliah

Schwaabe, Christian. 2012. Society without Center, https://www.goethe.de/en/kul/wis/20365408.html?forceDesktop=1 (15 April 2012).

Carballo, Francisco. 2019. Niklas Luhmann as a Theorist of Exclusion : A Journey from the Greek Polis to the Brazilian Favelas Francisco Carballo, Transtext(e)s Transcultures 14, access via http://journals.openedition.org/transtexts/1263

Balke, Friedrich. 2002. Tristes Tropiques. Systems Theory and the Literary Scene, Soziale Systeme 8 (2002), Heft 1, S. 27-37.

Nota: Ramze Endut. 2022. Kehadiran Makna: Merumus Budaya Ingatan. Bangi: Penerbit UKM, halaman 40-66.

Kuliah 6: Aplikasi Sistem Sosial: Kemanusiaan, Demokrasi dan Evolusi Sosial

Untuk memahami dampak teori sistem amnya dan sistem sosial khususnya, kita boleh meninjau tiga persoalan yang memaparkan daya huraian perspektif sosiologi yang berasaskan fungsional-strukturalisme ini. Tiga aspek tersebut ialah berkaitan dengan moraliti (kemanusiaan), politik (demorkasi) dan sains (evolusi sosial). Menerusi tinjauan ini, kita akan melihat bahawasanya pemikiran Niklas Luhmann boleh menjelaskan, pada suatu tahap tertentu, mengenai persoalan yang melibatkan perebutan kuasa, idea kesejagatan serta peranan pengetahuan. Kuliah ini akan memberi pemaparan kepada para pelajar betapa sosiologi sistem sosial mampu untuk memerihalkan beberapa pergelutan sosial semasa.

Bacaan utama:

Moeller, Hans-Georg. 2012. The Radical Luhmann. New York: Columbia University Press.

Bacaan tambahan kuliah

Rossbach, Stefan. 2000. The myth of the system: On the development, purpose and context of Niklas Luhmann’s systems theory, e presented at the ECPR Joint Session of Workshops, Copenhagen, April 2000.

Tække, Jesper. The post-humanism of Niklas Luhmann’s systems theory, Paper to the conference Posthumanism 20/20 at Aarhus Institute for Advanced Studies, Aarhus University, October 7- 8, 2020.

Borch, Christian. 2011. ‘Power and Politics’, in Niklas Luhmann. London: Routledge, 115-133.

Luhmann, Niklas. 1990. Political Theory in the Welfare State. Berlin: De Gruyter.

Thornbill, Chris. 2000. ‘Niklas Luhmann’, in Political Theory In Modern Germany: An Introduction. London: Polity Press, 174-207.

Brunczel, Balazs. 2010. Disillusioning Moderninty: Niklas Luhmann’s Social and Political Theory. Frankfurt: Peter Lang.

King, Michael & Thornbill, Chriss. 2003. Niklas Luhmann’s Theory of Politics and Law. New York: Palgrave Macmillan.

Thornhill Chris. 2006. Niklas Luhmann – A sociological transformation of political legitimacy?, Distinktion. Scandinavian Journal of Social Theory 13: 33-53.

Mitchell, Andrew, 2016. Political legitimacy in Japan: A Luhmannian perspective, Journal of Sociocybernetics 16: 15-27.

Borch, Christian. 2011. ‘Power and Politics’, in Niklas Luhmann. London: Routledge, 115-133.

Luhmann, Niklas. 1990. Political Theory in the Welfare State. Berlin: De Gruyter.

Thornbill, Chris. 2000. ‘Niklas Luhmann’, in Political Theory In Modern Germany: An Introduction. London: Polity Press, 174-207.

Brunczel, Balazs. 2010. Disillusioning Moderninty: Niklas Luhmann’s Social and Political Theory. Frankfurt: Peter Lang.

King, Michael & Thornbill, Chriss. 2003. Niklas Luhmann’s Theory of Politics and Law. New York: Palgrave Macmillan.

Thornhill Chris. 2006. Niklas Luhmann – A sociological transformation of political legitimacy?, Distinktion. Scandinavian Journal of Social Theory 13: 33-53.

Mitchell, Andrew, 2016. Political legitimacy in Japan: A Luhmannian perspective, Journal of Sociocybernetics 16: 15-27.

Kuliah 7: Keluar-System (Off-System): Penghasilan Budaya

Menginsafi bahawasanya setiap pemikiran mempunyai kekurangan yang tersendiri, maka kuliah ini akan menawarkan perspektif kritis terhadap sistem sosial. Dalam hal ini, kita akan meneliti kemungkinan wujudnya medium lain, selain makna yang menjadi teras kepada sistem sosial. Dengan mengubahsuai pendekatan teori sistem Luhmann, kita akan menemukan penghasilan budaya sebagai imbangan kepada hegemoni sistem. Tanpa mengambil sikap ekstrem, budaya dan sistem adalah dua entiti yang saling diperlukan untuk memahami kerumitan masyarakat dengan lensa yang lebih komprehensif. Budaya ini dibentuk bukan sahaja berdasarkan medium makna, tetapi juga oleh medium lain yakni kehadiran dan ingatan. Akhir sekali, para pelajar akan memahami bahawasanya sebuah konsep masyarakat hanya boleh difahami dengan lebih tuntas sekiranya disorot dengan aneka perspektif, termasuklah perspektif sistem sosial.

Bacaan utama:

Ramze Endut. 2022. Kehadiran Makna: Merumus Budaya Ingatan. Bangi: Penerbit UKM.

Staeheli, Urs. 2012. The Hegemony of Meaning: Is there an Exit to Meaning in Niklas Luhmann’s Systems Theory? Revue Internationale de Philosophie 259(1): 105-120.

Bacaan tambahan kuliah:

Gumbrecht, Hans Ulrich. 2004. Production of Presence: What Meaning Cannot Convey. California: Stanford University Press.

Gumbrecht, Hans Ulrich. 2006. In Praise of Athletic Beauty. Cambridge: The Belknap Press of Harvard University Press.

Erll, Astrid. 2011a. Memory in Culture. Terj. Sara B. Young. New York: Palgrave Macmillan.

Boym, Svetlana. 2013. Architecture of the Off-modern. New York: Princeton Architectural Press.